Friday 14 March 2014

Pengenalan KKJR

Penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya di setiap sekolah di negara ini sedikit sebanyak dapat mendidik pelajar untuk mematuhi peraturan jalan raya dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kelab KKJR membahagikan kepada 3 jenis kategori iaitu pejalan kaki , penunggang basikal , pemandu 'pedal car'.

Pihak sekolah perlu mengambil bahagian dengan menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan supaya  memberi kefahaman kepada murid murid dan memudahkan mereka untuk menyertai Pertandingan Lalu Lintas yang diadakan pada setiap tahun. Para ahli kelab yang aktif dan guru penasihat juga perlu membuat sesuatu aktiviti yang dapat menarik perhatian pelajar pelajar lain.

Bagi pelajar yang sudah berumur 16 tahun ke atas , ini akan memudahkan mereka untuk menjawab peperiksaan teori bagi mengambil lesen L. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian  kemakmuran dan pembangunan negara.

Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

No comments:

Post a Comment

 
♔KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA 2014 ALL RIGHT RESERVED .