Saturday 15 March 2014

Aktiviti KKJR

Setiap tahun , kami akan mempelbagaikan pelbagai aktiviti untuk menarik pelajar lain menyertai kelab kokurikulum ini. Seperti yang kita tahu , jika kita aktif dalam kokurikulum , dapat mempengaruhi 10% markah bagi melayakkan diri kita memasuki ke IPTA.

Antara aktiviti yang dianjurkan setiap tahun adalah :
  1. Mesyuarat Agong untuk memilih ahli ahli jawatankuasa.
  2. Mempelajari teori lalu lintas.
  3. Mempelajari praktikal lalu lintas seperti pejalan kaki, penunggang basikal & pemandu pedal car.
  4. Latihan intensif untuk menyertai pertandingan lalu lintas peringkat negeri.
  5. Pemilihan calon untuk menyertai pertandingan pidato.
  6. Menceriakan papan kenyataan.
  7. Membuat lawatan sambil belajar ke Universal Studio Singapore.
  8. Memanggil pihak PDRM , JPJ untuk memberi ceramah tentang peraturan & undang undang lalu lintas.
  9. Mencipta logo KKJR sekolah.
  10. Mencipta lagu KKJR sekolah.
  11. Membuat perjumpaan kelab dua kali seminggu. 
Dengan adanya aktiviti aktiviti ini , kami berharap peningkatan bilangan pelajar untuk menyertai kelab ini supaya kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

 
♔KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA 2014 ALL RIGHT RESERVED .