Friday 14 March 2014

Apa itu KKJR ?

Logo Kelab Keselamatan Jalan Raya



Kelab Keselamatan Jalan Raya

KKJR ialah salah satu kelab dibawah kegiatan kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malysia bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai baik dan selamat yang patut diamalkan oleh ahli kelab semasa berada di jalan raya demi keselamtan diri dan pengguna jalan raya yang lain .

Matlamat Kelab

Membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan (safety first culture) dikalangan ahli ahli kelab serta persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah.

Objektif Kelab

- Adalah diharap di akhir penggal persekolahan , setiap ahli kelab akan :

  1. meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai nilai baik dan amalan keselamatan di jalan raya.
  2. menggunakan nilai nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya setiap kali menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
  3. berkongi pengetahuan berkaitan nilai nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya dengan orang orang terdekat serta mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilai nilai baik dan amalan keselamatan apabila berada di jalan raya.
  4. mengambil bahagian di dalam program program keselamatan jalan raya anjuran pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta syarikat syarikat swasta di negeri masing masing juga di peringkat kebangsaan. 
Keahlian Kelab

-KKJR adalah terbuka kepada semua murid sekolah termasuk murid kategori OKU.




No comments:

Post a Comment

 
♔KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA 2014 ALL RIGHT RESERVED .