Saturday 15 March 2014

Mengenali Papan Tanda Lalu Lintas di Malaysia





Aktiviti KKJR

Setiap tahun , kami akan mempelbagaikan pelbagai aktiviti untuk menarik pelajar lain menyertai kelab kokurikulum ini. Seperti yang kita tahu , jika kita aktif dalam kokurikulum , dapat mempengaruhi 10% markah bagi melayakkan diri kita memasuki ke IPTA.

Antara aktiviti yang dianjurkan setiap tahun adalah :
  1. Mesyuarat Agong untuk memilih ahli ahli jawatankuasa.
  2. Mempelajari teori lalu lintas.
  3. Mempelajari praktikal lalu lintas seperti pejalan kaki, penunggang basikal & pemandu pedal car.
  4. Latihan intensif untuk menyertai pertandingan lalu lintas peringkat negeri.
  5. Pemilihan calon untuk menyertai pertandingan pidato.
  6. Menceriakan papan kenyataan.
  7. Membuat lawatan sambil belajar ke Universal Studio Singapore.
  8. Memanggil pihak PDRM , JPJ untuk memberi ceramah tentang peraturan & undang undang lalu lintas.
  9. Mencipta logo KKJR sekolah.
  10. Mencipta lagu KKJR sekolah.
  11. Membuat perjumpaan kelab dua kali seminggu. 
Dengan adanya aktiviti aktiviti ini , kami berharap peningkatan bilangan pelajar untuk menyertai kelab ini supaya kemalangan di jalan raya dapat dikurangkan.

Friday 14 March 2014

Peraturan & Undang-undang Jalan Raya


 

Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas.
  1. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
  2. Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
  3. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
  4. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
  5. Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.


Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tanganapabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya.

Pengenalan KKJR

Penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya di setiap sekolah di negara ini sedikit sebanyak dapat mendidik pelajar untuk mematuhi peraturan jalan raya dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kelab KKJR membahagikan kepada 3 jenis kategori iaitu pejalan kaki , penunggang basikal , pemandu 'pedal car'.

Pihak sekolah perlu mengambil bahagian dengan menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan supaya  memberi kefahaman kepada murid murid dan memudahkan mereka untuk menyertai Pertandingan Lalu Lintas yang diadakan pada setiap tahun. Para ahli kelab yang aktif dan guru penasihat juga perlu membuat sesuatu aktiviti yang dapat menarik perhatian pelajar pelajar lain.

Bagi pelajar yang sudah berumur 16 tahun ke atas , ini akan memudahkan mereka untuk menjawab peperiksaan teori bagi mengambil lesen L. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian  kemakmuran dan pembangunan negara.

Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

Pertandingan Keselamatan Jalan Raya

Semenjak dari tahun 2000 , Kelab Keselamatan Jalan Raya atau lebih dikenali dengan nama 'KKJR' dari SMK Selayang Bharu yang pernah mewakili daerah ke peringkat negeri. 
Namun , pada tahun 2011sehingga 2012 , kami telah mencipta rekod sekali lagi menjadi johan peringkat negeri Selangor dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. SMKSB telah membawa nama Selangor sekaligus membanggakan Daerah Gombak & pihak sekolah. Pengurus pasukan ini ialah Puan Norhafidah , Puan Azlina , Encik Jamil & Puan Noorazwane. Slogan yang kami menggunakan "GO SELANGOR GO SELANGOR GO GO GO". Antara ahli pasukannya :

2011
  1. Muhammad Syamil
  2. Kow Kai Long
  3. Ahmad Shafuan
  4. Muhd Eri Saiful
  5. Maisarah
  6. Mithraa
  7. Nurfadhlina
  8. Muhammad Syahir
  9. Nur Sakinah
  10. Muhd Asyraf
  11. Afidatul Aini
  12. Putri Harrissa
  13. Fera Novianti
  14. Che Wan Dania
  15. Khairuna Anisha
  16. Taufiq
  17. Muhd Amirul
  18. Muhd Norman Iman
  19. Arvin
  20. Nur Farah Alyaa
2012 
  1. Muhd Aqiel
  2. Muhd Alif Ashraf
  3. Kow Kai Long
  4. Muhd Sharol
  5. Abdul Hannan
  6. Hairun Razak
  7. Muhd Haidhar
  8. Wan Amira
  9. Nur Balqis
  10. Nur Shazni
  11. Muhd Muiz
  12. Muhd Osman
  13. Aidil Ammar
  14. Khairunnas
  15. Muhd Nazmi
  16. Nureen Ilyana

 















Apa itu KKJR ?

Logo Kelab Keselamatan Jalan Raya



Kelab Keselamatan Jalan Raya

KKJR ialah salah satu kelab dibawah kegiatan kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malysia bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai baik dan selamat yang patut diamalkan oleh ahli kelab semasa berada di jalan raya demi keselamtan diri dan pengguna jalan raya yang lain .

Matlamat Kelab

Membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan (safety first culture) dikalangan ahli ahli kelab serta persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah.

Objektif Kelab

- Adalah diharap di akhir penggal persekolahan , setiap ahli kelab akan :

  1. meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai nilai baik dan amalan keselamatan di jalan raya.
  2. menggunakan nilai nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya setiap kali menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
  3. berkongi pengetahuan berkaitan nilai nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya dengan orang orang terdekat serta mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilai nilai baik dan amalan keselamatan apabila berada di jalan raya.
  4. mengambil bahagian di dalam program program keselamatan jalan raya anjuran pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta syarikat syarikat swasta di negeri masing masing juga di peringkat kebangsaan. 
Keahlian Kelab

-KKJR adalah terbuka kepada semua murid sekolah termasuk murid kategori OKU.




 
♔KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA 2014 ALL RIGHT RESERVED .