Undang-undang jalan raya
ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan
jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan
keselamatan pengguna semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki,
kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan
kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat
yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat
dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas.
- Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
- Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
- Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
- Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
- Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas
jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi
undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan
lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang
hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang
basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk
melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian
kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat
dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tanganapabila hendak membelok
dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di
jalan raya.
No comments:
Post a Comment