Saturday, 15 March 2014
Aktiviti KKJR
Setiap tahun , kami akan mempelbagaikan pelbagai aktiviti untuk menarik pelajar lain menyertai kelab kokurikulum ini. Seperti yang kita tahu , jika kita aktif dalam kokurikulum , dapat mempengaruhi 10% markah bagi melayakkan diri kita memasuki ke IPTA.
Antara aktiviti yang dianjurkan setiap tahun adalah :
Antara aktiviti yang dianjurkan setiap tahun adalah :
- Mesyuarat Agong untuk memilih ahli ahli jawatankuasa.
- Mempelajari teori lalu lintas.
- Mempelajari praktikal lalu lintas seperti pejalan kaki, penunggang basikal & pemandu pedal car.
- Latihan intensif untuk menyertai pertandingan lalu lintas peringkat negeri.
- Pemilihan calon untuk menyertai pertandingan pidato.
- Menceriakan papan kenyataan.
- Membuat lawatan sambil belajar ke Universal Studio Singapore.
- Memanggil pihak PDRM , JPJ untuk memberi ceramah tentang peraturan & undang undang lalu lintas.
- Mencipta logo KKJR sekolah.
- Mencipta lagu KKJR sekolah.
- Membuat perjumpaan kelab dua kali seminggu.
Friday, 14 March 2014
Peraturan & Undang-undang Jalan Raya
Undang-undang jalan raya
ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan
jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan
keselamatan pengguna semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki,
kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan
kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat
yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat
dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas.
- Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
- Kedua,lihat ke kanan dan ke kiri.
- Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
- Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
- Kelima, melintas denganberwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya.
Perbuatan melintas
jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi
undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan
lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang
hijaubernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir.
Sebagai penunggang
basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk
melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian
kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat
dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tanganapabila hendak membelok
dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di
jalan raya.
Pengenalan KKJR
Penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya di setiap sekolah di negara ini sedikit sebanyak dapat mendidik pelajar untuk mematuhi peraturan jalan raya dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kelab KKJR membahagikan kepada 3 jenis kategori iaitu pejalan kaki , penunggang basikal , pemandu 'pedal car'.
Pihak sekolah perlu mengambil bahagian dengan menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan supaya memberi kefahaman kepada murid murid dan memudahkan mereka untuk menyertai Pertandingan Lalu Lintas yang diadakan pada setiap tahun. Para ahli kelab yang aktif dan guru penasihat juga perlu membuat sesuatu aktiviti yang dapat menarik perhatian pelajar pelajar lain.
Bagi pelajar yang sudah berumur 16 tahun ke atas , ini akan memudahkan mereka untuk menjawab peperiksaan teori bagi mengambil lesen L. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian kemakmuran dan pembangunan negara.
Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
Pihak sekolah perlu mengambil bahagian dengan menyediakan beberapa kemudahan yang diperlukan supaya memberi kefahaman kepada murid murid dan memudahkan mereka untuk menyertai Pertandingan Lalu Lintas yang diadakan pada setiap tahun. Para ahli kelab yang aktif dan guru penasihat juga perlu membuat sesuatu aktiviti yang dapat menarik perhatian pelajar pelajar lain.
Bagi pelajar yang sudah berumur 16 tahun ke atas , ini akan memudahkan mereka untuk menjawab peperiksaan teori bagi mengambil lesen L. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian kemakmuran dan pembangunan negara.
Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.
Pertandingan Keselamatan Jalan Raya
Semenjak dari tahun 2000 , Kelab Keselamatan Jalan Raya atau lebih dikenali dengan nama 'KKJR' dari SMK Selayang Bharu yang pernah mewakili daerah ke peringkat negeri.
Namun , pada tahun 2011sehingga 2012 , kami telah mencipta rekod sekali lagi menjadi johan peringkat negeri Selangor dan berjaya melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. SMKSB telah membawa nama Selangor sekaligus membanggakan Daerah Gombak & pihak sekolah. Pengurus pasukan ini ialah Puan Norhafidah , Puan Azlina , Encik Jamil & Puan Noorazwane. Slogan yang kami menggunakan "GO SELANGOR GO SELANGOR GO GO GO". Antara ahli pasukannya :
2011
- Muhammad Syamil
- Kow Kai Long
- Ahmad Shafuan
- Muhd Eri Saiful
- Maisarah
- Mithraa
- Nurfadhlina
- Muhammad Syahir
- Nur Sakinah
- Muhd Asyraf
- Afidatul Aini
- Putri Harrissa
- Fera Novianti
- Che Wan Dania
- Khairuna Anisha
- Taufiq
- Muhd Amirul
- Muhd Norman Iman
- Arvin
- Nur Farah Alyaa
2012
- Muhd Aqiel
- Muhd Alif Ashraf
- Kow Kai Long
- Muhd Sharol
- Abdul Hannan
- Hairun Razak
- Muhd Haidhar
- Wan Amira
- Nur Balqis
- Nur Shazni
- Muhd Muiz
- Muhd Osman
- Aidil Ammar
- Khairunnas
- Muhd Nazmi
- Nureen Ilyana
Apa itu KKJR ?
Kelab Keselamatan Jalan Raya
KKJR ialah salah satu kelab dibawah kegiatan kokurikulum oleh Kementerian Pelajaran malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malysia bertujuan untuk menanamkan nilai-nilai baik dan selamat yang patut diamalkan oleh ahli kelab semasa berada di jalan raya demi keselamtan diri dan pengguna jalan raya yang lain .
Matlamat Kelab
Membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dan bertimbang rasa apabila di jalan raya serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan (safety first culture) dikalangan ahli ahli kelab serta persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah.
Objektif Kelab
- Adalah diharap di akhir penggal persekolahan , setiap ahli kelab akan :
- meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan nilai nilai baik dan amalan keselamatan di jalan raya.
- menggunakan nilai nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya setiap kali menggunakan jalan raya demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
- berkongi pengetahuan berkaitan nilai nilai baik dan amalan keselamatan jalan raya dengan orang orang terdekat serta mempengaruhi mereka untuk menggunakan nilai nilai baik dan amalan keselamatan apabila berada di jalan raya.
- mengambil bahagian di dalam program program keselamatan jalan raya anjuran pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta syarikat syarikat swasta di negeri masing masing juga di peringkat kebangsaan.
Keahlian Kelab
Subscribe to:
Posts (Atom)